Hey ! Welcome to BSBG World

Wednesday, October 11, 2017

Cari Tempat Internship

Assalamualaikum,

9.02pm

Memandangkan aku rasa google ini makin kurang sumber untuk cara maklumat berkaitan pengalaman orang cari tempat internship, maka aku pon nak bercerita dekat sini. 

Aku undergraduate student yang bakal konvo pasal 29/10/2017 ini dan belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengambil jurusan perakaunan. Aku nak bercerita tentang pengalaman cara nak cari tempat intern. Jujur aku cakap, aku da lepasan peluang yang besar masa intern aku, sebab aku habiskan 6bulan aku dengan bende yang aku hanya dapat adalah 0 !! nothing !! kalau suruh cerita pengalaman, aku memang sangat tak tau nak start lagu mane. Tapi takpe, aku redho, aku tak boleh nak salahkan sapa-sapa, itu semua keputusan aku. 

Pada mulanya, aku dapat intern dekat company besar, Hitachi transport system di bangi, memandang aku nie orang johor jadi aku aku habiskan 6bulan aku dekat bangi. Why! aku rase aku down sangat masa tu, aku banyak nangis, aku stress, atau mungkin aku rasa sangat alone, biasa la takde boyfriend kan. hahahahhaa. malangnyee ! So aku buat solat istikarah untuk tukar tempat dan akhirnya aku tukar selepas 3 hari aku solat tersebut. Hanya 3minggu sahaja aku dekat tempat tu. So aku sambung intern dekat johor yang company tu aku tak buat research langusng, aku tak tau company ape ! Office dia rumah kedai lama, dalam office hanya ade 4 pekerja tetap termasuk boss. Company tu adalah company agent audit dan buat tax untuk client. dengan langsung tak disediakan meja dan kerusi yang baik. Aku pon terpakse la menghabiskan sisa intern aku dekat situ.

Sepanjang aku intern dekat situ, aku tak buat banyak bende, hamper setiap hari aku duduk main hp sebab memang takde kerja langsung. Setiap pagi aku kene sapu sampah, kene buli dengan akk office. Memang takde kerje langsung !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! So aku tak tau nak menyesal ke tak ? hahahahha

Aku nak point dekat sini cara cari tempat intern :

1. Pastikan buat research ! sebenarnye banyak sangat company amik student intern nie. Aku dapat 4 offer tempat intern, walaupon aku nie tak apply banyak tapi memang aku dapat. Kalau nak harapkan jobstreet pon boleh, or ape2 websites untuk cari kerja pon boleh. Tapi kalau lagi hebat, search name company yang kau nak tu, lepas amik contact number, call je terus nak apply position.

contoh : " Morning, I'm calling for Audit Junior position, can you past me to the human resource department ? bla bla blaa..................

p/s : Jangan jangan jangan takot !!! beranikan diri, rilek ! mereka tak Nampak korang pon. Jangan duduk bawah tempurung !

2. Cari company yang besar atau kalau boleh before dapat tempat intern tu at least ade interview atau kene sign agreement/ hitamputih. At least kite boleh melawat kawasan atau environment tempat kerja dia. Kalau iv tu kite boleh gain pengalaman dan boleh tanye mereka banyak benda, cara berkerja dan so on. Company yang besar nie, future lagi cerah ! mungkin kite dapat pelung untuk sambung kerja dekat situ atau bile kite cari kerja nanti, employer tengok previous tempat intern mereka akan tertarik dan so on.

3. Jangan rasa intern tu main2. Kalau orang gain banyak knowledge lagi better. Nanti bile kene panggil iv akan dating at least boleh cerita panjang lebar dari kau bodoh tak tau ape2 kan.

4. Jangan cepat putus asa atau sedih sangat. Macam aku la. Cari kawan untuk luahkan yang mane mereka boleh support kau untuk stay. Cara pakwe pon oke jugak. hahahahahahah

5. Jangan lupe ALLAH. Doa tu sangat penting. Serious ! sangat penting.

Oke, aku rase itu sahaja. Aku sahaja tulis entry nie untuk share pengalaman. Sebab blog nie kekadang penting untuk pekara seperti ini. Mungkin akan dapat aku boleh share tips lain. 

Goodluck untuk sesape yang akan intern. Jangan putus asa ! teruskan mencubaaa !



Bidadari Garang

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.