Hey ! Welcome to BSBG World

Friday, November 4, 2016

Pergerakan Tangga Kehidupan

Assalamualaikum,
12.45AM

Pastilah aku akan amik mood waktu-waktu sebegini kalau nak create new entry. Sebab aku rasa waktu macam nie adalah waktu dimana diri ini betul-betul berada dipuncak kehidupan sendiri yang kita akan munasabah segala perkara yang kita lakukan siang tadi. Kekadang datang keinsafan pada diri but esoknya kau still dengan perangai setan kau, so motif sangat.

Sekarang ini aku berada dialam praktikal and i just have one more sem je nak khatamkan degree aku ni. Nak cakap excited tak juga tapi more tu risau dengan semua perkara. Best ke kalau da kerja nanti ? before tu macam mana nak apply kerja dengan zaman sekarang yang pasarannya sangat tinggi. Lepas kerja tanggungjawab lagi besar like kau letak 10kg beras dekat bahu ditambah dengan minyak masak 5kg dekat setiap pegelangan tangan. WOW ! perit wey, elak jalan kalah nenek si bongkok tiga nanti. Ermmm, tak sangka dari aku berblog masa tingkatan 4 dan sekarang aku da nak habis degree pulak, masa ini cepat je berlalu pergi. Yaaaa, apa yang aku coretkan is every moment of my life, my sweet, beautiful life ! lalalalalala. Butttttt, one more think la, habis degree umur da 23tahun, kene fikir nak cari jodoh la. opssss ! hahahaha

Bila aku fikirkan balik, masa praktikal ini aku belajar banyak benda, how i cried gila-gila sebab nak tukar tempat inten, setiap hari ulang alik pegi office jumpa lecture mintak pendapat, nasihat dan semangat. And bila dapat pindah jumpe dengan akak office yang annyoing lepas tu kerja membosankan sebagainya. Berdepan dengan semua jenis akak-akak office yang kerjanya kaki mengumpat dan sebagainya, adoooiii ! Menyesal atau tidak semuanya akan sendiri tak dapat nak terjemahkannya.

Tapikan, orang cakap kita tak perlu terlalu memikirkan benda yang akan berlaku dihadapan sebab itu semua rezeki yang ALLAH beri but it does not mean yang kau tak payah pikir langsung. So apa yang kita sebagai manusia kene buat adalah fokus dengan perkara yang berlaku sekarang, berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri dan pada masa yang sama berdoa untuk kesejahteraan pada masa akan datang. Semuanya ALLAH da susun comel-comel. aku comel tak? hehehehe

Yang penting aku enjoy every inchs of my life and wish for my best in future <3

Aku appreciate anyone who still read my blog yang nothing nie, yaaa ! just about my real life yang bosan dan kira like kau macam dengar aku bebel tanpa henti non-stop. Totally appreciate that and i get you smile =)

Ikhlas
Si Bidadari Garang



Sunday, May 22, 2016

Hidup Sendiri itu Indah

Assalamualaikum,
11.08PM

"Aku bagai kau cadangan, apa kata esok kau makeup lelawa bagai yang perempuan, yang lelaki bergaya segak-segak, bubuh perfume satu cawan, pegi shopping sesorang, makan dekat restoren mewah sesorang and all the day just do it alone, everything"

Mungkin ada yang takot nak buat atau tak pernah buat, tapi come on, bukan semua benda yang kau buat perlu ada teman, sometimes masa perlukan kita sorang. Jalan sesorang lepas tu kau senyum tengah-tengah jalan. Orang mesti anggap kau gile tapi sorry babes you should enjoy it, this is about your life kan, sibuk je orang nak cakap apa, sila mati, hahahahaha.

Aku nie jenis dua perwatakan. sometimes aku bergaul gile-gile dengan semua orang, gelak sampai guling-guling, bahan orang kiri kanan, overnight dengan member cerita pasal bende yang.... kosong, entah? Tapi ada masa aku duduk dalam bilik sesorang. Aku pasang laptop and play all the favorite music and repeat it again and again until tepu. Kemas bilik sambil memekak, joget-joget, watching all my awesome movie while eating domino pizza alone and the last one ofcause aku siapkan semua assignment aku, hahaha dam it. Bila semua da setel down, bole la belanja diri, jalan shopping sesorang, semua masa untuk kau bukan orang lain. Orang label "forever alone". Sorang tu bukan bermakna sunyi, tapi sorang tu bermakna kau boleh berdikari, boleh berdiri dikaki sendiri, boleh hidup tanpa menharapkan orang lain. Wonderful ! Tapi jangan la yang perempuan tu keluar balik malam, pegi clubing ke, memanglah berdikari tapi macam cari nahas.

Tapi hidup sorang tak boleh layan perasaan sangat, kene banyakkan aktiviti. Bila rasa bosan je nanti homesick tu datang. Kekadang aku penat juga nak sedih-sedih. Tapi ada masa dia datang lelagi time "mood-mood perempuan" susah nak handle. Nak sedapkan hati, cakap dengan diri sendiri. Aku tak pernah sorang, ALLAH sentiasa ada, kalau rasa tak sedap juga, just call your mom, sister ke ? Semua ada untuk aku, untuk kita semua. peace ^_^

Ikhlas
Si Bidadari Garang

Monday, May 9, 2016

Dulu dan Sekarang

Assalamualakum,

12.08am

Kalau nak dibezakan sekarang dengan dulu, memang jauh bezanya. Dunia makin mencabar, hidup banyak rintangan, even kalau kau jatuh takde sapa nak hulur tangan untuk kau bangun melainkan kau yang meminta dan orang terpaksa. Kadang kala, makin aku meningkat umur, makin aku takot membuka mata, masih besar dunia yang belum aku teroka ilmunya, yaa masih banyak isinya dan aku yang cepat kenyangnya.

Dulu, 

Dahuluku mudah sahaja perjalanannya, bangun tidur, pegi sekolah, balik sekolah, buat kerja sekolah dan selebihnya hiburan diri kalau tidak keluarga, kawan. Kalau nak di throwback balik aku jenis kaki CC time umur 15-16 tahun. Memang layan myspace and blog sampai pecah mata dan aku tak tau apa seronoknya jadi minat CC. Aku ingat lagi petang exam PMR sejarah tapi aku lepak CC untuk tunggu gap masa tu. WTF ! takpe time tu aku pandai still dapat A. Tapi sekarang otak aku selalu tercicir time pegi exam.
Belajar senang. Cikgu ajar sebijik-sebijik sumbat dekat mulut kau. Kau tinggal buka mulut je tapi geli sikit la sebab sudu kongsi. *lawak tak ? hambar ae ? hahaha
And the best part is kau duduk dekat dengan family dan tak payah risau pasal duit sebab semuanya dorang yang hulur. Mak aba dekat dekat dengan kau, even dia tak buat lawak tapi dorang adalah the best moment ever. Rasa nyaman bile dekat dengan dorang. Aku boleh cakap yang dorang adalah syurga sementara aku.

Sekarang,

Dan sekarang aku rase corak perjalanan hidup aku tak menentu. Mak aba tak kejutkan pagi-pagi pegi kelas. Aku yang gerak sendiri itu pon kalau aku bangun selebihnya halal. Tapi bosannya dekat sini sebab aku hidup macam dalam penjara, sebab kekadang takde apa-apa nak buat. atau aku sendiri yang bina penjara peribadi dan aku gagal untuk pecahkannya ? Malang =_=
Aku bukan buku pon aku tak paham sekarang nie, repeat baca pon aku senyum sendiri dan cakap dekat diri sendiri "apa yang aku belajar ni !!" Redooo
And sad part, aku jauh daripada orang yang paling aku cinta dan sayang Mak aba. Aku homesick sekarang. Tak bosan ke nangis ? Dorang la segalanya dalam hidup aku.

Tapikan, mana aku boleh samakan dulu dengan yang sekarang, dan aku kene ingan yang dulu itulah jadinya sekarang. Aku yang lakar semuanya corak hidup aku tapi aku ada pilihan, guna pensil atau kaler ? Dan aku pilih untuk mengunakan kaler (kalau boleh nak jenama luna). Tak salah la hidup ni banyak onak dan duri, banyak cerita sedih dan duka, gelak ketawa gembira. Semuanya berwarna. Satu hari nanti aku jugak yang bakal tersenyum. Sampailah kaler itu habis ke penghujung.

Jangan dengar apa orang nak kata, cube berdiri sendiri. Boleh ! Allah da kasi segalanya. Fiza dulu dan sekarang sama sahaja. Tapi pengalaman yang mematangkan segalanya. APA AKU NAK TAKOT AKU KUAT KOT. KATA LELAKI JELMAAN PEREMPUAN ? mesti taf ! hahahahaha.

ikhlas dihati :
Si bidadari garang

Wednesday, March 30, 2016

Tukang Pujuk

Assalamualaikum,

1.41 am.

Kali ni aku malas nak tulis ayat puitis acah-acah macam penulis novel terkenal setanding dengan rosyam nor. Aku nak berbalik kepada nama blog aku yang peh ! sweet-sweet ikan masin "Bebelan Si Bidadari Garang". Nampak macam tak sesuaikan dengan aku, tapi kalau kau kenal pemilik tuan badan ni, kau rasa memang sepadan la. Bebelan disini menjelaskan yang aku memang suke bercakap tanpa henti kecuali time nak makan, minum dan bile aku dekat bilik, sebab aku duduk bilik single. If kalau aku still bercakap that mean aku gile dan aku masih nak jadi bidadari bukan orang gile. faham konsepnya ? Bidadari pula, aku acah-acah kurang pasti nak cakap, yang perempuan nie semuanya bidadari sebab dia ada sifat yang lembut, sensetif, kuat tacing, kaki merajuk, comel, cantik, manje semua la....termasuk yang ade dekat mak kau sekali sebab mak kau perempuan. Bila Garang pula masuk, ini lebih kepada personal attituide pada diri aku, dengan muka bengis, mata shape memang garang, bile marah memang berapi la orang cakap, sebab aku tak pernah nampak muke sendiri marah dan aku takde masa nak tengok cermin time tu jugak. So adunan Bebelan Si Bidadari Garang memang cukup sweet la bagi aku. hahahahahahaha...bodoh !

Sebenarnya aku nak cakap, walaupun zaman universiti nie still ade mamat yang cakap aku nie sesuai jadi lelaki, aku nie tetap hati perempuan kuat kot. Aku cepat terasa, sensetif bukan pasal kalau kawan tinggalkan kau nak berak aku terus merajuk sebab dia tak cebuk taik aku, tapi sebab aku jenis cepat menangis, hati nie lembut macam semalu. Tak boleh kene marah lelagi dengan lelaki memang cuak la aku. Aku bukan supergirl yang ade six pack, tahan kental 24jam. Aku nie ibarat belon yang bile kene isi dengan air( air disini bermaksud : tomahan, perlian, sindiran) dan akhirnya meletup juga. So don't la make my eyes jadi panda, bengkak, buruk kot ! aku da la takde bajet nak beli eyes cream, muka pon tak flawless. shit ! Lepas da buruk aku tambah dengan ngatok pula, so bile lepas nangis tidur memang tambah la buruknya kuasa 2.

Da puas aku melalak tadi sambil layan langit, konon drama korea la time tu (tapi memang tenang sikitlah). Aku pon sambung dekat bilik dengan tak bukak tudung bagai, memang da takde tenaga wey ! Lepas tu aku tengok cermin, memang hina la muke time tu, aku tak nafikan. Aku pon terkedek-kedek gerak pegi toilet dengan takde jiwa raga. Aku basuh muke, berus gigi, sikit rambut sikit, aku tengok balik muke aku dekat cermin. Owhh ! orang lagi. Aku senyum. Time tu baru aku sedar yang aku tak patut sedih pon dari awal. Aku yang kalah sebab tak boleh lawan emosi. Loser ! Tapi manis juga muke aku kalau senyum, mesti ramai yang tergoda. taik kau fiza !

Hidup nie satu bende je wey. Kalau sendiri kene kawal diri kau, maafkan orang lain, cuba untuk senyum. Takkanlah pasal orang kau nak nangis, mampus di la nak sakitkan hati kau sekali pon, asalkan kau sendiri tak sakitkan lagi hati kau. Benda macam nie kene kawal. Kau yang pujuk diri kau, bukan orang lain. Cakap dengan Allah yang kau nak apa?, ngadu dekat dia, dia maha pendengar. Tak payah layan customer sibuk nak beli jam dekat ws tu, abaikan dia even tu duit sebenarnya. Amik masa layan diri kau. Kalau kau nak mencarut dekat twitter silakan, lantak bising follower kau sekali pon. wey ! hak aku kot, apa jadah aku buat twitter kalau taknak bercerita. right ?

Aku memang macam nie, lepas menangis gile-gile dalam 2jam, lepas tu aku chill diri aku. Kasi tenang rohani, lepas tu layan balik indah perjalanan dunia nie. Aku sayang semua orang, aku tak pernah benci, melainkan kau tetibe ludah dekat muke aku tanpa sebab. Aku nie jenis layan orang lain-lain. Mana yang aku rasa sesuai aku flow. Kalau dengan dia aku rase cara B paling padan aku on la. Mungkin dengan kau aku pakai cara C. Eye la contoh, dengan mak bapak kau, mesti la kalaulah anak paling turun dari syurga tapi bile dengan kawan peh ! setanding dengan ........... (aku tak cakap). hahahahaha. Lagi satu jangan judge aku, aku tak suke, tapi kalau nak judge jugak silakan ! tapi aku carut la, terpaksa. what ?

So konklusinya, Kau ada hak untuk menangis, bersedih tapi bukan untuk tambah parah dekat diri sendiri. Tapi dengan nangis dan sedih kau tu, kalau kuatkan diri kau balik, cuba untuk senyum, cari pengajaran. Kau yang motivasi diri sendiri, kau yang tukang pujuk, sebab kau adalah aku (aku cakap dengan diri sendiri).

Ikhlas dihati :
Si Bidadari Garang



Wednesday, March 23, 2016

Ditakok Fikiran Sempit

Assalamualaikum,

Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi, akan masih segar menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Sudah hampir kali ke berapa aku cuba untuk lelapkan mata, merehatkan fikiran. Tapi malangnya, aku gagal melakukannya, kotak fikiran tidak henti-henti memikirkan, memikirkan dan terus memikirkan. Apa yang kau fikirkan fiza ? Aku sendiri keliru dengan keadaan aku, menjak kebelakangan ini fikiranku bercelaru, aku gelisah dan lebih memeritkan aku merasakan kesedihan. Tapi apa yang aku sedihkah ? adakah ianya berkaitan dengan hidup dan masalah di dunia. Sedih dengan diri sendiri, sedih dengan tanggapan orang lain ? kalau macam itu, AKU YANG PALING KALAH !

Aku sibuk memikirkan tanggapan orang lain, apa yang mereka akan katakan kepada aku. Tetapi aku langsung tidak pernah untuk mencuba menyakiti hati orang lain, walaupun orang lain menyakiti aku. Biarlah mereka, aku sabar walaupun kadang-kala amarah lebih bertahta. Ianya semulajadi, aku sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.

Dan yang kau tahu hanya mengatakan aku ini tidak matang, lebih pantas mementingkan emosi daripada fakta kejadiaannya. Kalau betul aku masih ditakok belum melepasi fikiran yang matang, bukankah sekarang ini aku menuju ke arahnya ? walaupun jauh di belakang aku masih mempelajari, meneliti setiap cabang kehidupan. Jadi kenapa kau tidak memberi peluang, malah yang kau lebihkan adalah memastikan aku ini sentiasa setanding dengan cara haluan engkau. ENGKAU ITU YANG TIDAK ADIL.

Perjalanan ini jauh, yang pasti kayuh pelan-pelahan selagi mampu dan jangan berhenti. Yang aku perlu pelajari luaskan fikiran, lapangkan dada dan maafkan kesalahan orang lain kerana dengan itu ianya dapat memudahkan segalanya. Buang segala fikiran sempit kotor itu, mereka tidak layak untuk aku temani. Aku meniti kepada sesuatu yang lebih terbuka, matangkan aku ini menjadi fiza yang lebih baik, menjadi hamba Allah yang lebih solehah. Lupakan segala masalah mereka yang tidak pernah menghargai aku itu, kerana aku ingin menolak fikiran sempit ini.

Ikhlas dari hati,
Bidadari Garang


Thursday, February 18, 2016

Kegembiraan dan Kesedihan

Assalamualaikum,

Kalau aku bercakap mengenai masa hadapan tidak akan berhenti mulut berbicara dan yang pasti ianya tidak akan mengubah apa-apa. Kau pernah menonton filem animasi pixar bertajuk "INSIDE OUT" ? memang kegemaranku filem keluaran pixar dari cerita toy story lagi. Tetapi filem inside out ini ada sesuatu yang mendalam maksudnya seperti betul-betul mencucuk tepat kearah hatiku. Kegembiraan? Kesedihan? Dua perasaan yang tersangat berbeza rasanya. Kalau diberi pilihan aku tidak mahu sedikit berasa sedih, penat ! tetapi percaya, kenapa ALLAH menghidupkan perasaan itu kedalam jiwa manusia jikalau tiada sebabnya. Banyak dugaan yang dialami oleh setiap manusia dan termaksud aku yang tidak habis-habis memikirkan penyudahnya. Adakah ianya akan diakhir dengan kegembiraan ? kejayaan ? senyuman sampai ketelingan ? tetapi bagaimanapula kalau semua yang aku harapkan akan disudahi dengan perasaan yang bertentangan ? Itu yang selaluku fikiran, kalau masa hadapan itu dikhabarkan gembira dan indah mungkin aku tidak akan segila ini.

Aku benci kalau terlintas perasaan tidak bersyukur, semua yang ku rasa seperti tidak adil. Kenapa dia punya ini ? kenapa dia punya itu ? Tapi jangan sesekali mempunyai sekumit perasaan tidak bersyukur. eya ALLAH, aku tahu ini semua saja kau ujian untuk menilai kesabaranku, keimananku. Lemahnya aku, baru ditempa perkara yang membuatkan air muka bertukar lesu sudahku berfikiran buruk kepada yang esa. Aku ini yang tidak adil, bila berita gembira langsung tidakku persoalankan, tetapi yang sebaliknya aku mula menunding jari.

Tetapi sesuatu perkara yang aku perlu percaya  " kesedihan yang datang ini akan membawa kegembiraan " aku perlu berfikiran positif dan tiada sebaik motivasi selain daripada diri sendiri.

p/s : Serious cerita Inside out tu tersangatlah best, animation is not the point but the emoticon put on the plot of the story make me feel like why you know about what i'm thinking hah ? hahahahaha.

Ikhlas dihati

Si Bidadari Garang

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.