Hey ! Welcome to BSBG World

Thursday, May 15, 2014

Aku dan Persahabatan =)

Assalamualaikum..

8:30 pm 15/5/2014

     Siapa yang kenal aku saje yang boleh terima aku seadanya. Aku ingat lagi masa dekat matrikulasi, kali pertama jumpa aku, mereka kata tak suka dekat aku, tak kan kawan dengan aku, aku cakap main lepas dan banyak lagi sifat yang negatif tapi bila mereka mula rapat dengan aku, baru mereka kenal dan terima aku dengan hati yang terbuka iaitu ikhlas. Ada segelintir yang cakap bila kenal dengan aku betul2, aku nie kelakar, aku ni menghiburkan suasana, ada kadang-kala aku nie seorang yang sensitif.

     Masa dekat matrikulasi, mereka fikirkan aku ni orang melaka sebab cara percakapan aku yang agak kasar. Orang melaka cakap kasar mungkin ? hahahaha. Tapi der, aku JOHORIAN. Dari matrikulasi aku ubah sedikit diri aku untuk jadi lebih matang, aku kurangkan untuk memaki hamun orang sesuka hati, ianya berkesan. Aku ingat lagi kawan aku NAJIHA selalu pantau percakapan aku. Dia tak kasi aku mencarut. kelakarkan. Terima kasih NAJIHA, ianya berkesan la juga. Dekat matrikulasi banyak pengalaman mengenai PERSAHABATAN yang aku belajar. bersama roomate, classmate, wingmate. Aku berdiri sendiri, aku tak kenal sesiapa pon dekat matrikulasi. Masa minggu orentasi air mata menjadi peneman. MAK, ABAH dan KELUARGA yang banyak bagi aku semangat. Akhirnya aku berjumpa dengan A1T6 yang best and awesome sangat. Korang adalah classmate yang aku sayang. NAJIHA, JUJU, ILY and JAJA adalah kawan yang paling rapat dekat matrikulasi. Insyallah kalau ade masa kita akan berjumpa. Aku rindu kalian. Tak lupa juga dekat wingmate aku yang paling best Aimie. Dia selalu dengar masalah aku. Aku sayang kau =)

     Aku ingat lagi masa sekolah, ramai orang tak suka dengan aku, cara aku bercakap semua kasar, babi, sial, fuck dan pekataan yang teruk selalu keluar dari mulut. Bila lawan bercakap memang banyak pekataan yang negatif keluar dari mulut. Tak fikir pulak pasal apa yang orang pandang dekat kita. Ah ! lantak ! DI BENCI ? ? itu semua sudah biase aku dengar, jadi diri sendiri lebih baik dari jadi hipokrit. Depan baik tapi belakang kalah iblis. Ada ke lelaki suke dengan perempuan macam ni ? Ada aku kesah ? aku tak pernah terfikir pasal semua tu, usia baru belasan tahun. Sekolah kot. Seperti yang aku cakap, sapa yang kenal aku saje dapat terima aku seadanya.. SYERA and MIRUL you are my bestfriends ever. Dari sekolah kau kenal aku sampai sekarang. Kau terima aku, kau kenal aku ! aku sayang kau orang sangat.

     Tapi Alhamdulillah, sekarang bila usia 20 tahun, sifat matang datang dalam diri. Tapi cara percakapan yang kasar tu masih hidup lagi dalam diri. Aku lebih senang masyarakat kenal aku dengan perangai nakal degil aku nie. Aku tak nak hidup dalam dunia hipokrit, hidup dalam sangkar yang kita bina sendiri, persetankan !Biar mereka benci aku, benci dengan perangai sebenar aku. Supaya mereka tidak hipokrit berkawan dengan aku. Aku suka cakap lepas, ianya lebih jujurkan ? dari kita suka memerli-merli orang. Bodoh ! Tapi ramai kawan2 sekolah dan matrikulasi kata aku nampak berbeza sekarang, mungkin penampilan dan cara pecakapan aku yang lebih keperempuanan ?? hahahaha. Umur 20tahun, kalau boleh nak cari calon dekat sini. Hahahaha. Oh ! aku ingat lagi, masa matrikulasi mereka kata aku lesbian, gila ! aku suka lelaki la ! Naluri perempuan aku masih kuat lagi tau.

     Aku tidak mempunyai bergitu ramai kawan di UKM ni.Aku tidak mencari kuantiti berkawan. Biarlah beberapa orang yang ada ini, insyallah, mereka dapat terima aku seadanya. Mengenali aku dengan ikhlas. Aku tau ade segenlintir yang benci kepadaku, persetankan ! mereka tidak kenal aku ! mereka tidak sekepala dengan aku. mungkin mereka agak skema ? hahahaha. Kawan kalau cepat terase bukan kawan namanya. Tapi sumpah aku pantang orang cakap  " aku mempengaruhi orang lain untuk jadi jahat/degil/nakal " Seperti hendak terkeluar kata-kata makian. Aku sabar, aku bukan yang dulu, walaupon ianya terkeluar juga !@#$%. Jangan menuduh aku ! ayat yang sama, KAU TIDAK KENAL AKU. Alhamdulillah, FATIN, YASMIN dan roomate aku FIQA dapat terima aku. Insyallah, moga tiada permasalahan diantara kita. Jika ada, moga Allah permudahkan.

  Tidak lupa juga, aku benci sesiapa yang meceritakan keburukan aku dibelakang, lantas mempengaruhi orang lain untuk turut sama membenciku. Walaupon bukan secara langsung. Jika kau tidak puas hati dengan aku, silakan membenciku tetapi bukan membuatkan orang lain turut membenciku juga. Jangan fikir aku sebegini tidak mempunyai perasaan. Aku manusia, aku boleh nangis, sedih, marah dan sebagainya. Aku tak tunjuk kalau aku sedih, aku simpan. Aku boleh nangis bile-bile masa. Sekarang pon boleh. Aku tidak senang untuk memaafkan dan meminta maaf dari orang jika perasaan marah belum hilang. Maaf terucap dari bibir tetapi dihati tidak ! hipokrit ! Manusia jenis apa itu ? Mungkin bila hati ini tenang, insyallah maaf itu datang sendiri.

   Ya Allah, Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. - fahmiehyperlink

    Terima kasih kepada kawan-kawan yang dapat terima aku seadanya. Aku akan jaga hati korang, sentiasa ada bersama korang ketika susah dan senang. Memberi sokongan ketika kalian perlukan, Mari kita berjaya bersama-sama, mencorak langit. Dan semoga persahabatan kita hingga ke akhir hayat. PERSAHABATAN DEMI ALLAH.

Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman aku dan padangan aku terhadap permasalahan sekeliling. Mengimbas masa lalu yang tak akan berulang. Suka duka aku menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang hina. Aku tidak berniat untuk menguris hati orang, tetapi ini yang berada dalam hati aku. Tapi sebenarnya ianya susah diterjemaah, entry ini hanya cebisan sahaja. 


Nur Hafizah binti Za'ba


Monday, March 3, 2014

Kau tak kenal aku

Assalamualaikum,

3/3/2014 2.26am

     Jangan suka-suka hati nak menilai aku kalau kau sendiri tak kenal aku nie macam mane. Cara aku berpakaian, percakapan, dan lain-lain bukan menunjukkan 100% perangai atau lebih tetap hati aku yang sebenar. Family, kawan rapat mungkin kenal aku dengan tepat tapi bukan kau yang satu dua kali tegur tu. Faham ? Aku da temu ramai semua kawan aku yang rapat-rapat tentang "kali pertama nampak aku?". Majoriti aku cakap muka aku sombong, garang dan paling seronok aku dengar, dorang kate menyampah dengan aku dan kate cacian dan makian segalanya. Tapi bila da kenal baru dorang tahu aku ni jenis macam mane. Oke la ! aku kasi top 5 perangai aku :


1. Aku nie dalam ape-ape kes sangat utamakan family. Aku suke cerita pasal family aku dekat member-member aku. Aku rase, aku happy sangat dengan family aku sekarang, walaupon kite orang bukan la kaya sangat but kekayaan bukanlah segalanyakan. Aku sayang mereka sesangat. Mak, Aba, Shima, Faiz, Nisa, Fahmi, Daus, Iya <3


2. Aku nie nampak je kasar, macam gangster tapi aku tak boleh bila orang tengking. Automatik aku akan speechless. Nak marah balik rasa macam da tak boleh sebab mulut nie susah nak cakap bila geram. So, mula air mata datang menumpang. Aku bukan takot kene marah oke ! but just geram yang tersangat tapi tak dapat nak lepaskan so nangis la jawapnye.


3. Sensetive, Bila korang kutuk or what la pasal diri aku nie, memang la aku diam or maybe gelak sama but dalam hati sape tau wooow. Aku simpan je, malas nak pertikaikan. Aku ni bukan cantik pon. Aku sedar semua tu. Tapi aku yakin ALLAH jadikan aku macam nie ade sebab. So kalau korang main kutuk-kutuk lagi, mohon ingat ALLAH.


4. Susah nak berkawan memang dari lahir tertanam dekat diri aku nie. Aku memang la teringin nak ade kawan ramai but susah la nak bertegur sape, Kadang-kadang orang tegur aku, aku buat donno je or just jawap sepatah je la. Aku bukan sombong, tapi macam aku cakap la, susah nak bertegur atau lebih tepat malu. Tapi bila aku da start kawan, memang boleh naik hantu.


5. Aku kalau mule suka dengan someone susah nak lupekan, tak kesah la orang tu buat hati aku sakit sekali pon. So, aku akan still berharap dekat someone tu selagi dia takde orang lain, mean takde isterilah lebih tepat. Tapi kalau aku makin jauh dengan someone tu pon insyallah aku boleh lupekan walaupon susah sebenarnye. 

      Banyak lagi perangai aku yang korang tak tau lagi sebenarnye, kalau nak list mungkin boleh buat novel kot. Dekat sini aku cume nak sampaikan. Mungkin aku kasar, kurang ajar, suke menjawap dan sebagainya but aku cakap, kau tak berada dekat tempat aku, kau tak rase apa yang aku rase. So jangan suke nak judge aku bukan-bukan walaupon dalam hati sekali pon. Kau cakap buruk pasal aku sekali pon, aku yakin ALLAH ada bersama aku.

p/s : gambar sekadar hiasan. but gambar yang family to bukan hiasan oke ! a lot of loveee !

by : fizazaba


Wednesday, February 26, 2014

Kan Seronok Kalau..............

Assalamualaikum,

Mari kita mulakan ayat dengan " Kan Seronok Kalau "

1. Kan seronok kalau ada orang baca blog aku dari mula sampai habis. Dari zaman sekolah, matrik and sekarang dekat universiti. Insyallah sampai kahwin.

2. Kan seronok kalau mak dengan aba tak sakit, tak penat, tak letih dan sihat sejahtera dan bahagia. Anak sape yang tak nak tengok mak aba dia happy. So dear, i love you and miss you both so much and much lebih dari si dia. Hehehehehehe~

3. Kan seronok kalau tak payah nak diet-diet automatik da kurus, so boleh la makan sedap-sedap. Ini, terpaksa berhenti makan nasi ! waaaaaa !

4. Kan seronok kalau tak payah belajar tapi pointer hebat + dekan setiap sem, so tak payah la aku bertungkus lumus time " study week ". Penat maaakk !

5. Kan seronok kalau kaya-raya boleh la hari-hari, hari raya, bil-bil jiran tertangga bla bla bla.. Boleh beli rumah besar, kereta besar, nanti boleh la belikan altis yang new untuk aba. *contoh anak solehah =__=

6. Kan seronok kalau apa yang kita harap akan dipenuhi, jadi tak payah berusaha.. hahahahahaha~ hangguk hangg !

7. Kan seronok kalau dapat dok cekik-cekik orang yang aku menyampah. So tak payah la aku dok maki-hamun dia setiap hari.

8. Kan seronok kalau aku and semua keluarga dijanjikan syurga. So, mari kite buat amal dan ingat dekat ALLAH selalu.

9. Kan seronok kalau ramai kawan, ramai kawan, banyak pengetahuan. So kalau kau satu tu busy, boleh keluar dengan kawan 3,4,5 dan bla bla bla.

10. Kan seronok kalau Kan seronok kalau orang yang aku suka tu suka dekat aku jugak. Aku sekarang tengahhhhh, minat-minat dekat orang. So mari doakan oke ! *Ya ALLAH hambumu telah menyukai seorang hambumu yang lain, jadi kalau dia jodohku dekatkan la aku kepadanya, tapi jika tidak jangan la kau sakitkan hati hambamu ni dan jumpakanlah dia dengan seseorang yang betol2 menyintai seadanya. <3

     Kan seronok kalau apa yang aku harap semua dekat atas termakbul. hahahaha, tapi masalahnya apa yang kita inginkan usaha itu perlu. Mana boleh harap dekat sesuatu dengan taip dekat blog. Karut-karut dan karut. Jadi mari kita berusaha oke ! Kan seronok kalau, sifat usaha bersungguh-sungguh ada dalam diri aku =)





About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.