Hey ! Welcome to BSBG World

Saturday, December 12, 2015

Aku seorang Perindu

Assalamualaikum,

Memang benarku katakan zaman ini sudah berubah, aku sendiri sudah meninggalkan dunia blogging ini. Tapi jangan katakan sedikit pon aku tidak merinduinya, hampir setiap malamku fikirkan. Ah ! kau penipu fiza !

Sudah hampir 2 tahun setengah aku bertapak di bumi UKM ini, jangan katakan belajar, pengalaman, gelak tawa, nangis duka semua sudah dijadikan kenangan. Serious aku katakan semuanya INDAH ! Insyallah akan aku simpan, rindui, tanam lumat-lumat dalam hati. Mampuku blogging sambil terukir senyuman dibibir, mengingati setiap detik, tapi sedarlah ! aku ade lagi setahun setengah di bumi UKM ini. tabah wahai hati.

Dulu aku ber roomate sekarang aku duduk di kotak single. Bukan hanya single dibilik sahaja tapi single di realiti dunia juga. Malang ke aku ? tidak laku ? ah ! persetankan. Ini bukan apa yang kau hajatilah Fiza. Biar dada ini lapang menerima ilmu, merapatkan hubungan dengan pencipta. Harap begitulah, jangan kata disini sahaja, macam aku tidak kenal diri sendiri. hahahaha. Tapi tipulah kalau aku langsung tiada perasaan sunyi, tiada ucapan morning dipagi hari ? tiada take care goodnight dimalam hari ? biarlahh ! tunggu sampai masanya, kau percaya akan janji Allah. dihantarnya calon yang sesuai. OMG ! so sweet babe <3

Kalau dicerita pasal apa pulak yang kau pelajari di UKM ini ? Ermmmmm, Kalau aku bercerita daripada A-Z mungkin edisi novel 11 siri akan diterbitkan. Tapi siapa pembelinya ? hahahahaha. Mungkin Ijazah Perakaunan ini mencabar mindaku, merobek fikiranku, menjadi teman untuk kegilaanku. Kalau di temu ramah aku yang kurang bijak ini? sememangnya aku katakan. SUSAH ABA HANG ! apa yang kau pelajari ini Fiza ? kau faham ke ? senyum ke telinga aku berikan. Kalian doakan aku, moga aku meraih segulung ijazah dengan pointer yang aku harapkan. Cukuplah sekadar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian. Menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan RM. Aku adalah perjuang ! perjuang kepada diriku sendiri ! Kejayaan aku, aku sendiri yang akan berbangga. Aku adalah penyelesaiannya.

Kalau kau berpeluang untuk merasa, rasalah. Jujur aku katakan zaman di alam menara gading inilah aku rindui. Semua perkara yang berlaku akan ku rakam diruang pemikiran yang tiada limitnya.

Lihat ! aku menulis ini juga kerana aku merindui. Merindui zaman blogging yang, waktunya aku dibangku tingkatan 4. Kalau la fikiran ini seperti memory handphone yang boleh dimainkan semua. INDAHNYA ! Semuanya aku berlalu, walaupun sesaat sekalipun, ianya akan berlalu. Biarlah, biarlah aku menjadi seorang perindu.

Ikhlas Dihati

Si Bidadari Garang

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.