Assalamualaikum,
Memang benarku katakan zaman ini sudah berubah, aku sendiri
sudah meninggalkan dunia blogging ini. Tapi jangan katakan sedikit pon aku
tidak merinduinya, hampir setiap malamku fikirkan. Ah ! kau penipu fiza !
Sudah hampir 2 tahun setengah aku bertapak di bumi UKM ini,
jangan katakan belajar, pengalaman, gelak tawa, nangis duka semua sudah
dijadikan kenangan. Serious aku katakan semuanya INDAH ! Insyallah akan aku
simpan, rindui, tanam lumat-lumat dalam hati. Mampuku blogging sambil terukir
senyuman dibibir, mengingati setiap detik, tapi sedarlah ! aku ade lagi setahun
setengah di bumi UKM ini. tabah wahai hati.
Dulu aku ber roomate sekarang aku duduk di kotak single.
Bukan hanya single dibilik sahaja tapi single di realiti dunia juga. Malang ke
aku ? tidak laku ? ah ! persetankan. Ini bukan apa yang kau hajatilah Fiza.
Biar dada ini lapang menerima ilmu, merapatkan hubungan dengan pencipta. Harap
begitulah, jangan kata disini sahaja, macam aku tidak kenal diri sendiri.
hahahaha. Tapi tipulah kalau aku langsung tiada perasaan sunyi, tiada ucapan
morning dipagi hari ? tiada take care goodnight dimalam hari ? biarlahh !
tunggu sampai masanya, kau percaya akan janji Allah. dihantarnya calon yang
sesuai. OMG ! so sweet babe <3
Kalau dicerita pasal apa pulak yang kau pelajari di UKM ini
? Ermmmmm, Kalau aku bercerita daripada A-Z mungkin edisi novel 11 siri akan
diterbitkan. Tapi siapa pembelinya ? hahahahaha. Mungkin Ijazah Perakaunan ini
mencabar mindaku, merobek fikiranku, menjadi teman untuk kegilaanku. Kalau di
temu ramah aku yang kurang bijak ini? sememangnya aku katakan. SUSAH ABA HANG !
apa yang kau pelajari ini Fiza ? kau faham ke ? senyum ke telinga aku berikan.
Kalian doakan aku, moga aku meraih segulung ijazah dengan pointer yang aku
harapkan. Cukuplah sekadar mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian.
Menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan RM. Aku adalah perjuang ! perjuang
kepada diriku sendiri ! Kejayaan aku, aku sendiri yang akan berbangga. Aku adalah
penyelesaiannya.
Kalau kau berpeluang untuk merasa, rasalah. Jujur aku
katakan zaman di alam menara gading inilah aku rindui. Semua perkara yang
berlaku akan ku rakam diruang pemikiran yang tiada limitnya.
Lihat ! aku menulis ini juga kerana aku merindui. Merindui
zaman blogging yang, waktunya aku dibangku tingkatan 4. Kalau la fikiran ini
seperti memory handphone yang boleh dimainkan semua. INDAHNYA ! Semuanya aku
berlalu, walaupun sesaat sekalipun, ianya akan berlalu. Biarlah, biarlah aku
menjadi seorang perindu.
Ikhlas Dihati
Si Bidadari Garang
No comments:
Post a Comment