Hey ! Welcome to BSBG World

Thursday, May 15, 2014

Aku dan Persahabatan =)

Assalamualaikum..

8:30 pm 15/5/2014

     Siapa yang kenal aku saje yang boleh terima aku seadanya. Aku ingat lagi masa dekat matrikulasi, kali pertama jumpa aku, mereka kata tak suka dekat aku, tak kan kawan dengan aku, aku cakap main lepas dan banyak lagi sifat yang negatif tapi bila mereka mula rapat dengan aku, baru mereka kenal dan terima aku dengan hati yang terbuka iaitu ikhlas. Ada segelintir yang cakap bila kenal dengan aku betul2, aku nie kelakar, aku ni menghiburkan suasana, ada kadang-kala aku nie seorang yang sensitif.

     Masa dekat matrikulasi, mereka fikirkan aku ni orang melaka sebab cara percakapan aku yang agak kasar. Orang melaka cakap kasar mungkin ? hahahaha. Tapi der, aku JOHORIAN. Dari matrikulasi aku ubah sedikit diri aku untuk jadi lebih matang, aku kurangkan untuk memaki hamun orang sesuka hati, ianya berkesan. Aku ingat lagi kawan aku NAJIHA selalu pantau percakapan aku. Dia tak kasi aku mencarut. kelakarkan. Terima kasih NAJIHA, ianya berkesan la juga. Dekat matrikulasi banyak pengalaman mengenai PERSAHABATAN yang aku belajar. bersama roomate, classmate, wingmate. Aku berdiri sendiri, aku tak kenal sesiapa pon dekat matrikulasi. Masa minggu orentasi air mata menjadi peneman. MAK, ABAH dan KELUARGA yang banyak bagi aku semangat. Akhirnya aku berjumpa dengan A1T6 yang best and awesome sangat. Korang adalah classmate yang aku sayang. NAJIHA, JUJU, ILY and JAJA adalah kawan yang paling rapat dekat matrikulasi. Insyallah kalau ade masa kita akan berjumpa. Aku rindu kalian. Tak lupa juga dekat wingmate aku yang paling best Aimie. Dia selalu dengar masalah aku. Aku sayang kau =)

     Aku ingat lagi masa sekolah, ramai orang tak suka dengan aku, cara aku bercakap semua kasar, babi, sial, fuck dan pekataan yang teruk selalu keluar dari mulut. Bila lawan bercakap memang banyak pekataan yang negatif keluar dari mulut. Tak fikir pulak pasal apa yang orang pandang dekat kita. Ah ! lantak ! DI BENCI ? ? itu semua sudah biase aku dengar, jadi diri sendiri lebih baik dari jadi hipokrit. Depan baik tapi belakang kalah iblis. Ada ke lelaki suke dengan perempuan macam ni ? Ada aku kesah ? aku tak pernah terfikir pasal semua tu, usia baru belasan tahun. Sekolah kot. Seperti yang aku cakap, sapa yang kenal aku saje dapat terima aku seadanya.. SYERA and MIRUL you are my bestfriends ever. Dari sekolah kau kenal aku sampai sekarang. Kau terima aku, kau kenal aku ! aku sayang kau orang sangat.

     Tapi Alhamdulillah, sekarang bila usia 20 tahun, sifat matang datang dalam diri. Tapi cara percakapan yang kasar tu masih hidup lagi dalam diri. Aku lebih senang masyarakat kenal aku dengan perangai nakal degil aku nie. Aku tak nak hidup dalam dunia hipokrit, hidup dalam sangkar yang kita bina sendiri, persetankan !Biar mereka benci aku, benci dengan perangai sebenar aku. Supaya mereka tidak hipokrit berkawan dengan aku. Aku suka cakap lepas, ianya lebih jujurkan ? dari kita suka memerli-merli orang. Bodoh ! Tapi ramai kawan2 sekolah dan matrikulasi kata aku nampak berbeza sekarang, mungkin penampilan dan cara pecakapan aku yang lebih keperempuanan ?? hahahaha. Umur 20tahun, kalau boleh nak cari calon dekat sini. Hahahaha. Oh ! aku ingat lagi, masa matrikulasi mereka kata aku lesbian, gila ! aku suka lelaki la ! Naluri perempuan aku masih kuat lagi tau.

     Aku tidak mempunyai bergitu ramai kawan di UKM ni.Aku tidak mencari kuantiti berkawan. Biarlah beberapa orang yang ada ini, insyallah, mereka dapat terima aku seadanya. Mengenali aku dengan ikhlas. Aku tau ade segenlintir yang benci kepadaku, persetankan ! mereka tidak kenal aku ! mereka tidak sekepala dengan aku. mungkin mereka agak skema ? hahahaha. Kawan kalau cepat terase bukan kawan namanya. Tapi sumpah aku pantang orang cakap  " aku mempengaruhi orang lain untuk jadi jahat/degil/nakal " Seperti hendak terkeluar kata-kata makian. Aku sabar, aku bukan yang dulu, walaupon ianya terkeluar juga !@#$%. Jangan menuduh aku ! ayat yang sama, KAU TIDAK KENAL AKU. Alhamdulillah, FATIN, YASMIN dan roomate aku FIQA dapat terima aku. Insyallah, moga tiada permasalahan diantara kita. Jika ada, moga Allah permudahkan.

  Tidak lupa juga, aku benci sesiapa yang meceritakan keburukan aku dibelakang, lantas mempengaruhi orang lain untuk turut sama membenciku. Walaupon bukan secara langsung. Jika kau tidak puas hati dengan aku, silakan membenciku tetapi bukan membuatkan orang lain turut membenciku juga. Jangan fikir aku sebegini tidak mempunyai perasaan. Aku manusia, aku boleh nangis, sedih, marah dan sebagainya. Aku tak tunjuk kalau aku sedih, aku simpan. Aku boleh nangis bile-bile masa. Sekarang pon boleh. Aku tidak senang untuk memaafkan dan meminta maaf dari orang jika perasaan marah belum hilang. Maaf terucap dari bibir tetapi dihati tidak ! hipokrit ! Manusia jenis apa itu ? Mungkin bila hati ini tenang, insyallah maaf itu datang sendiri.

   Ya Allah, Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. - fahmiehyperlink

    Terima kasih kepada kawan-kawan yang dapat terima aku seadanya. Aku akan jaga hati korang, sentiasa ada bersama korang ketika susah dan senang. Memberi sokongan ketika kalian perlukan, Mari kita berjaya bersama-sama, mencorak langit. Dan semoga persahabatan kita hingga ke akhir hayat. PERSAHABATAN DEMI ALLAH.

Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman aku dan padangan aku terhadap permasalahan sekeliling. Mengimbas masa lalu yang tak akan berulang. Suka duka aku menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang hina. Aku tidak berniat untuk menguris hati orang, tetapi ini yang berada dalam hati aku. Tapi sebenarnya ianya susah diterjemaah, entry ini hanya cebisan sahaja. 


Nur Hafizah binti Za'ba


No comments:

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.