Hey ! Welcome to BSBG World

Monday, May 9, 2016

Dulu dan Sekarang

Assalamualakum,

12.08am

Kalau nak dibezakan sekarang dengan dulu, memang jauh bezanya. Dunia makin mencabar, hidup banyak rintangan, even kalau kau jatuh takde sapa nak hulur tangan untuk kau bangun melainkan kau yang meminta dan orang terpaksa. Kadang kala, makin aku meningkat umur, makin aku takot membuka mata, masih besar dunia yang belum aku teroka ilmunya, yaa masih banyak isinya dan aku yang cepat kenyangnya.

Dulu, 

Dahuluku mudah sahaja perjalanannya, bangun tidur, pegi sekolah, balik sekolah, buat kerja sekolah dan selebihnya hiburan diri kalau tidak keluarga, kawan. Kalau nak di throwback balik aku jenis kaki CC time umur 15-16 tahun. Memang layan myspace and blog sampai pecah mata dan aku tak tau apa seronoknya jadi minat CC. Aku ingat lagi petang exam PMR sejarah tapi aku lepak CC untuk tunggu gap masa tu. WTF ! takpe time tu aku pandai still dapat A. Tapi sekarang otak aku selalu tercicir time pegi exam.
Belajar senang. Cikgu ajar sebijik-sebijik sumbat dekat mulut kau. Kau tinggal buka mulut je tapi geli sikit la sebab sudu kongsi. *lawak tak ? hambar ae ? hahaha
And the best part is kau duduk dekat dengan family dan tak payah risau pasal duit sebab semuanya dorang yang hulur. Mak aba dekat dekat dengan kau, even dia tak buat lawak tapi dorang adalah the best moment ever. Rasa nyaman bile dekat dengan dorang. Aku boleh cakap yang dorang adalah syurga sementara aku.

Sekarang,

Dan sekarang aku rase corak perjalanan hidup aku tak menentu. Mak aba tak kejutkan pagi-pagi pegi kelas. Aku yang gerak sendiri itu pon kalau aku bangun selebihnya halal. Tapi bosannya dekat sini sebab aku hidup macam dalam penjara, sebab kekadang takde apa-apa nak buat. atau aku sendiri yang bina penjara peribadi dan aku gagal untuk pecahkannya ? Malang =_=
Aku bukan buku pon aku tak paham sekarang nie, repeat baca pon aku senyum sendiri dan cakap dekat diri sendiri "apa yang aku belajar ni !!" Redooo
And sad part, aku jauh daripada orang yang paling aku cinta dan sayang Mak aba. Aku homesick sekarang. Tak bosan ke nangis ? Dorang la segalanya dalam hidup aku.

Tapikan, mana aku boleh samakan dulu dengan yang sekarang, dan aku kene ingan yang dulu itulah jadinya sekarang. Aku yang lakar semuanya corak hidup aku tapi aku ada pilihan, guna pensil atau kaler ? Dan aku pilih untuk mengunakan kaler (kalau boleh nak jenama luna). Tak salah la hidup ni banyak onak dan duri, banyak cerita sedih dan duka, gelak ketawa gembira. Semuanya berwarna. Satu hari nanti aku jugak yang bakal tersenyum. Sampailah kaler itu habis ke penghujung.

Jangan dengar apa orang nak kata, cube berdiri sendiri. Boleh ! Allah da kasi segalanya. Fiza dulu dan sekarang sama sahaja. Tapi pengalaman yang mematangkan segalanya. APA AKU NAK TAKOT AKU KUAT KOT. KATA LELAKI JELMAAN PEREMPUAN ? mesti taf ! hahahahaha.

ikhlas dihati :
Si bidadari garang

No comments:

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.