Hey ! Welcome to BSBG World

Wednesday, March 30, 2016

Tukang Pujuk

Assalamualaikum,

1.41 am.

Kali ni aku malas nak tulis ayat puitis acah-acah macam penulis novel terkenal setanding dengan rosyam nor. Aku nak berbalik kepada nama blog aku yang peh ! sweet-sweet ikan masin "Bebelan Si Bidadari Garang". Nampak macam tak sesuaikan dengan aku, tapi kalau kau kenal pemilik tuan badan ni, kau rasa memang sepadan la. Bebelan disini menjelaskan yang aku memang suke bercakap tanpa henti kecuali time nak makan, minum dan bile aku dekat bilik, sebab aku duduk bilik single. If kalau aku still bercakap that mean aku gile dan aku masih nak jadi bidadari bukan orang gile. faham konsepnya ? Bidadari pula, aku acah-acah kurang pasti nak cakap, yang perempuan nie semuanya bidadari sebab dia ada sifat yang lembut, sensetif, kuat tacing, kaki merajuk, comel, cantik, manje semua la....termasuk yang ade dekat mak kau sekali sebab mak kau perempuan. Bila Garang pula masuk, ini lebih kepada personal attituide pada diri aku, dengan muka bengis, mata shape memang garang, bile marah memang berapi la orang cakap, sebab aku tak pernah nampak muke sendiri marah dan aku takde masa nak tengok cermin time tu jugak. So adunan Bebelan Si Bidadari Garang memang cukup sweet la bagi aku. hahahahahahaha...bodoh !

Sebenarnya aku nak cakap, walaupun zaman universiti nie still ade mamat yang cakap aku nie sesuai jadi lelaki, aku nie tetap hati perempuan kuat kot. Aku cepat terasa, sensetif bukan pasal kalau kawan tinggalkan kau nak berak aku terus merajuk sebab dia tak cebuk taik aku, tapi sebab aku jenis cepat menangis, hati nie lembut macam semalu. Tak boleh kene marah lelagi dengan lelaki memang cuak la aku. Aku bukan supergirl yang ade six pack, tahan kental 24jam. Aku nie ibarat belon yang bile kene isi dengan air( air disini bermaksud : tomahan, perlian, sindiran) dan akhirnya meletup juga. So don't la make my eyes jadi panda, bengkak, buruk kot ! aku da la takde bajet nak beli eyes cream, muka pon tak flawless. shit ! Lepas da buruk aku tambah dengan ngatok pula, so bile lepas nangis tidur memang tambah la buruknya kuasa 2.

Da puas aku melalak tadi sambil layan langit, konon drama korea la time tu (tapi memang tenang sikitlah). Aku pon sambung dekat bilik dengan tak bukak tudung bagai, memang da takde tenaga wey ! Lepas tu aku tengok cermin, memang hina la muke time tu, aku tak nafikan. Aku pon terkedek-kedek gerak pegi toilet dengan takde jiwa raga. Aku basuh muke, berus gigi, sikit rambut sikit, aku tengok balik muke aku dekat cermin. Owhh ! orang lagi. Aku senyum. Time tu baru aku sedar yang aku tak patut sedih pon dari awal. Aku yang kalah sebab tak boleh lawan emosi. Loser ! Tapi manis juga muke aku kalau senyum, mesti ramai yang tergoda. taik kau fiza !

Hidup nie satu bende je wey. Kalau sendiri kene kawal diri kau, maafkan orang lain, cuba untuk senyum. Takkanlah pasal orang kau nak nangis, mampus di la nak sakitkan hati kau sekali pon, asalkan kau sendiri tak sakitkan lagi hati kau. Benda macam nie kene kawal. Kau yang pujuk diri kau, bukan orang lain. Cakap dengan Allah yang kau nak apa?, ngadu dekat dia, dia maha pendengar. Tak payah layan customer sibuk nak beli jam dekat ws tu, abaikan dia even tu duit sebenarnya. Amik masa layan diri kau. Kalau kau nak mencarut dekat twitter silakan, lantak bising follower kau sekali pon. wey ! hak aku kot, apa jadah aku buat twitter kalau taknak bercerita. right ?

Aku memang macam nie, lepas menangis gile-gile dalam 2jam, lepas tu aku chill diri aku. Kasi tenang rohani, lepas tu layan balik indah perjalanan dunia nie. Aku sayang semua orang, aku tak pernah benci, melainkan kau tetibe ludah dekat muke aku tanpa sebab. Aku nie jenis layan orang lain-lain. Mana yang aku rasa sesuai aku flow. Kalau dengan dia aku rase cara B paling padan aku on la. Mungkin dengan kau aku pakai cara C. Eye la contoh, dengan mak bapak kau, mesti la kalaulah anak paling turun dari syurga tapi bile dengan kawan peh ! setanding dengan ........... (aku tak cakap). hahahahaha. Lagi satu jangan judge aku, aku tak suke, tapi kalau nak judge jugak silakan ! tapi aku carut la, terpaksa. what ?

So konklusinya, Kau ada hak untuk menangis, bersedih tapi bukan untuk tambah parah dekat diri sendiri. Tapi dengan nangis dan sedih kau tu, kalau kuatkan diri kau balik, cuba untuk senyum, cari pengajaran. Kau yang motivasi diri sendiri, kau yang tukang pujuk, sebab kau adalah aku (aku cakap dengan diri sendiri).

Ikhlas dihati :
Si Bidadari Garang



No comments:

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.