Hey ! Welcome to BSBG World

Thursday, February 18, 2016

Kegembiraan dan Kesedihan

Assalamualaikum,

Kalau aku bercakap mengenai masa hadapan tidak akan berhenti mulut berbicara dan yang pasti ianya tidak akan mengubah apa-apa. Kau pernah menonton filem animasi pixar bertajuk "INSIDE OUT" ? memang kegemaranku filem keluaran pixar dari cerita toy story lagi. Tetapi filem inside out ini ada sesuatu yang mendalam maksudnya seperti betul-betul mencucuk tepat kearah hatiku. Kegembiraan? Kesedihan? Dua perasaan yang tersangat berbeza rasanya. Kalau diberi pilihan aku tidak mahu sedikit berasa sedih, penat ! tetapi percaya, kenapa ALLAH menghidupkan perasaan itu kedalam jiwa manusia jikalau tiada sebabnya. Banyak dugaan yang dialami oleh setiap manusia dan termaksud aku yang tidak habis-habis memikirkan penyudahnya. Adakah ianya akan diakhir dengan kegembiraan ? kejayaan ? senyuman sampai ketelingan ? tetapi bagaimanapula kalau semua yang aku harapkan akan disudahi dengan perasaan yang bertentangan ? Itu yang selaluku fikiran, kalau masa hadapan itu dikhabarkan gembira dan indah mungkin aku tidak akan segila ini.

Aku benci kalau terlintas perasaan tidak bersyukur, semua yang ku rasa seperti tidak adil. Kenapa dia punya ini ? kenapa dia punya itu ? Tapi jangan sesekali mempunyai sekumit perasaan tidak bersyukur. eya ALLAH, aku tahu ini semua saja kau ujian untuk menilai kesabaranku, keimananku. Lemahnya aku, baru ditempa perkara yang membuatkan air muka bertukar lesu sudahku berfikiran buruk kepada yang esa. Aku ini yang tidak adil, bila berita gembira langsung tidakku persoalankan, tetapi yang sebaliknya aku mula menunding jari.

Tetapi sesuatu perkara yang aku perlu percaya  " kesedihan yang datang ini akan membawa kegembiraan " aku perlu berfikiran positif dan tiada sebaik motivasi selain daripada diri sendiri.

p/s : Serious cerita Inside out tu tersangatlah best, animation is not the point but the emoticon put on the plot of the story make me feel like why you know about what i'm thinking hah ? hahahahaha.

Ikhlas dihati

Si Bidadari Garang

No comments:

About Me

My photo
Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.