Assalamualaikum,
Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi, akan masih segar menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Sudah hampir kali ke berapa aku cuba untuk lelapkan mata, merehatkan fikiran. Tapi malangnya, aku gagal melakukannya, kotak fikiran tidak henti-henti memikirkan, memikirkan dan terus memikirkan. Apa yang kau fikirkan fiza ? Aku sendiri keliru dengan keadaan aku, menjak kebelakangan ini fikiranku bercelaru, aku gelisah dan lebih memeritkan aku merasakan kesedihan. Tapi apa yang aku sedihkah ? adakah ianya berkaitan dengan hidup dan masalah di dunia. Sedih dengan diri sendiri, sedih dengan tanggapan orang lain ? kalau macam itu, AKU YANG PALING KALAH !
Aku sibuk memikirkan tanggapan orang lain, apa yang mereka akan katakan kepada aku. Tetapi aku langsung tidak pernah untuk mencuba menyakiti hati orang lain, walaupun orang lain menyakiti aku. Biarlah mereka, aku sabar walaupun kadang-kala amarah lebih bertahta. Ianya semulajadi, aku sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Dan yang kau tahu hanya mengatakan aku ini tidak matang, lebih pantas mementingkan emosi daripada fakta kejadiaannya. Kalau betul aku masih ditakok belum melepasi fikiran yang matang, bukankah sekarang ini aku menuju ke arahnya ? walaupun jauh di belakang aku masih mempelajari, meneliti setiap cabang kehidupan. Jadi kenapa kau tidak memberi peluang, malah yang kau lebihkan adalah memastikan aku ini sentiasa setanding dengan cara haluan engkau. ENGKAU ITU YANG TIDAK ADIL.
Perjalanan ini jauh, yang pasti kayuh pelan-pelahan selagi mampu dan jangan berhenti. Yang aku perlu pelajari luaskan fikiran, lapangkan dada dan maafkan kesalahan orang lain kerana dengan itu ianya dapat memudahkan segalanya. Buang segala fikiran sempit kotor itu, mereka tidak layak untuk aku temani. Aku meniti kepada sesuatu yang lebih terbuka, matangkan aku ini menjadi fiza yang lebih baik, menjadi hamba Allah yang lebih solehah. Lupakan segala masalah mereka yang tidak pernah menghargai aku itu, kerana aku ingin menolak fikiran sempit ini.
Ikhlas dari hati,
Bidadari Garang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza
- Nur Hafizah Binti Za'ba, 21 Tahun. Aku mula berbloging dari umur aku 16 Tahun mean 2010. Kenapa ? Sebab aku suka menghayati dunia yang indah dan ianya tercemar disebabkan wujudnya KAU.
No comments:
Post a Comment